Ahad, 19 Julai 2009

4H/3M SHENZHEN & HONG KONG (PAKEJ MUSLIM)

HARI 01 : 23/09/09 KUALA LUMPUR / SHENZHEN (MT/MM)
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum penerbangan berlepas ke Shenzhen pada 2.30 pagi - pesawat ZH796. Anda dijangka tiba di Shenzhen Airport pada jam 6.00 pagi (waktu tempatan). Anda akan disambut oleh wakil kami sejurus selesai urusan imigresen. Pagi ini anda akan mengadakan lawatan di Bandar Shenzhen s- China Folk Culture Village & Splendid of China pusat pelancungan yang terkenal di wilayah ini. Makan tengahari akan disediakan di restoran tempatan. Menunai solat jamak Zuhor & Asar di Masjid Shang Mei Lin. Berikutnya membeli belah di Silk Store yang menawarkan berbagai produk & jenama untuk dibeli. Daftar masuk ke hotel penginapan & beristirehat. Berkumpul semula di lobi hotel untuk ke restoran menikmati makan malam. Bermalam di Shenzhen.


HARI 02 : 24/09/09 SHENZHEN /HONG KONG - DISNEYLAND (SP/MT/MM)
Sarapan pagi akan di sediakan di hotel penginapan. Daftar keluar dari hotel penginapan dan bertolak ke Hong Kong dengan menaiki keretapi. Setibanya di Station Keretapi Hong Kong coach akan mengambil anda untuk dibawa ke Disneyland. Cupon makan tengahari akan diberikan. Acara bebas buat anda ketika berada di kawasan Disneyland ini. Pada lewat petang bas akan mengambil anda di hadapan pintu masuk Disneyland dan anda akan dibawa ke restoran untuk menikmati makan malam. Bermalam di Hong Kong.

HARI 03 : 25/09/09 HONG KONG (SP/MM)
Sarapan pagi di hotel penginapan. Pagi ini anda lawatan di sekitar Bandaraya Hong Kong seperti ke Victoria Peak, G. Bauhinia Square, Fishing Village, Jewelry Factory & Kedai Ginseng. Makan tengahari akan disediakan di restoran tempatan. Menunaikan solat jamak Zuhor & Asar di Masjid Utama Hong Kong. Acara bebas buat anda pada lewat petang untuk membeli belah di Hong Kong. Makan malam akan di sediakan di restoran tempatan & bermalam di Hong Kong.


HARI 04 : 26/09/09 HONG KONG – SHENZHEN/KLIA (SP/MT)
Selepas sarapan pagi acara bebas buat anda untuk membeli belah di saat terakhir di Hong Kong. Makan tengahari akan disediakan di restoran tempatan. Pada lewat petang anda akan berangkat balik ke Shenzhen dengan menaiki keretapi dan bas akan menunggu anda setibanya di Shenzhen untuk di hantar ke Lapangan Terbang Shenzhen dan penerbangan ZH795 akan berlepas pada jam 10.00 malam. Insyallah anda dijangka tiba di KLIA pada jam 1.30 pagi (hari berikutnya).

HARGA PAKEJ :

DEWASA : RM2188.00 (BILIK BERDUA) ALL IN
KANAK-KANAK : RM1890.00

HOTEL PENGINAPAN : : SHENZHEN – CENTURY PLAZA/LOUHU DAYS HOTEL/SETARAF
HONG KONG METROPARK/RAMADA KOWLOON HOTEL/SETARAF

JADUAL PENERBANGAN : ZH796 23SEP KUL/SZX 0230/0600
ZH795 26SEP SZX/KUL 2200/0130+1

Note : Harga pakej di atas sah sehingga 31hb Dec, 2009 dan berdasarkan kumpulan 20 orang.
Harga pakej di atas juga tertakluk kepada notis yang di keluarkan oleh pihak penerbangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan